Friday, July 23, 2010

Sukan dan Sekolah


Pertalian antara sekolah dan sukan memang sudah lama terjalin. Acara sukan merupakan program tahunan setiap sekolah di Malaysia. Dari sekolah, lahirnya bakat-bakat baru bidang sukan dan sekolah menjadi tempat guru-guru melatih pelajar bersukan. Walaupun kebanyakan guru tidak mendapat ijazah, diploma atau sijil dalam bidang sukan, mereka tetap berusaha semampu mungkin mengasuh anak murid dalam bidang ini. Namun, penat lelah guru akan terbalas dan mereka berasa puas apabila melihat anak didik berjaya dalam bidang ini. Para pelajar pula, anggaplah aktiviti sukan satu ibadah. Jagalah batas-batas aurat agar manfaatnya kita peroleh hingga akhirat. Umpama menyelam sambil minum air. Cuma perlu ikhlas dalam setiap perkara, agar tidak 'lemas' dalam kehidupan.